4 Tahap Mendidik Anak

Assalamualaikum, 

Gejala sosial di kalangan remaja pada masa kini amat membimbangkan. Sebagai ibu bapa yang prihatin, pendidikan berterusan terhadap anak-anak adalah penting bagi membentuk sahsiah diri anak-anak. Model terbaik adalah mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Mendidik anak-anak
Gambar sekadar hiasan - Google
Terdapat 4 tahap untuk mendidik anak mengikut sunnah Baginda SAW iaitu:

1. Tahap Pertama (Umur 1-7 tahun):
Hendaklah memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. 
4 Tahap Mendidik Anak
2. Tahap Kedua (Umur 7-14 tahun):
Tanamkan disiplin kepada anak dengan mengajar dan menyuruh mereka mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan bersolat.

3. Tahap Ketiga (Umur 14-21 tahun):
Mendidik dengan cara menjadikan anak sahabat dalam perbincangan, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. 

4. Tahap Keempat (Umur lebih 21 tahun):
Hendaklah ibu bapa memberi kebebasan kepada anak selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibu bapa perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan anak terkawal.

Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan penting di dalam mendidik anak sejak kecil hingga dewasa. Sedarilah bahawa anak-anak perlu dididik mengikut perkembangan umur mereka agar mereka tidak merasa dizalimi, yang seterusnya akan membangkitkan perasaan marah dan dendam terhadap ibu bapa.

Sumber : Rindok Blog

^_^

22 comments

June 4, 2013 at 8:18 AM

ibu bpa memainkan peranan y pentg dalam mendidik anak2 sedari dari kecil lagi ^_^

June 4, 2013 at 9:04 AM

Gagal mendidik akan menyesal dikemudian hari. Anak menjadi tanggungjawab kita mendidik dgn betul.

Langkah yg baik utk diikut..

June 4, 2013 at 9:14 AM

suppose dari dlm perut lg kita da mendidik nye...x gitu? ;-)

June 4, 2013 at 10:02 AM

risau ngan keadaan sosial sekarang, risau generasi masa depan.. :( memang ibu bapa kena main peranan betul2 untuk pendidikan awal anak2 mereka kelak

June 4, 2013 at 10:20 AM

good sharing..

June 4, 2013 at 10:55 AM

panduan yang baik utk zura mendidik anak-anak..tima kasey aiza..

June 4, 2013 at 11:32 AM

mngikut sunnah Rasulullah adalah yg terbaek :) mmg dh ditetapkn oleh ALLAH siapa yg ikut sunnah xkn sesat dn berjaya..

June 4, 2013 at 12:03 PM

wahhh kena amik tahu nie.. nanti ada anak boleh aplikasikan

June 4, 2013 at 1:38 PM

smua autopublish..kak cuti pjg ker..hehe.. sy baru je buka blog ni, dah 2,3 hari xbuka... :)

June 4, 2013 at 1:55 PM

nice sharing :)
alhamdulillah didikan itu harus diberi walaupun dh dewasa kan.

June 4, 2013 at 1:55 PM

In shaa Allah. Tengah cuba menjadi anak yang soleha buat ummi ayah, walaupun kengkadang amat menyakitkan hati mereka. Huhu. Thanks atas perkongsian ni akak. =)

June 4, 2013 at 3:55 PM

Tahap 4 paling susah walau dah dididik dgn baik..byk godaan skrg ni..

June 4, 2013 at 5:40 PM

hmm.. x sabar nk ada anak. tapi kahwin pun belum.. hehehe

June 4, 2013 at 8:29 PM

Kalau didik anak betul2. IAllah dia akan ikut cakap kita dan hormat kat kita kan sis

June 5, 2013 at 3:29 AM

simpan untuk persediaan nti. Huhu :)

June 5, 2013 at 10:23 AM

Semoga mnjdi panduan dalam membina keluarga bahagia...

June 5, 2013 at 12:17 PM

nice...thanks kak..kawen nanti dah dpt anak ble apply..hehe

June 8, 2013 at 9:14 AM

melentur buluh biar dari rebungnya.kalau kecil2 sudah dididik dgn sebaiknya insyaallah besar nanti jadi org berguna.aspek agama perlu diberikan penekanan utama maklumlah dunia sekarang mcm2 pengaruh ada.cabaran buat ibu bapa...

June 12, 2013 at 1:08 PM

Nice sharing! ^^ Melentur buluh biar la dari rebungnya. Nanti dah ada anak, boleh la praktikkan. Hee.

November 15, 2013 at 8:59 AM

tip yang simple tapi padat

December 4, 2013 at 12:34 AM

sama macam yang mak deeya buat . hehe , ntah2 mak deeya pun ikut tips ni . :D

January 21, 2014 at 12:01 PM

Mendidik se orang anak dengan cara menjadikan anak seperti sahabat dalam perbincangan....
hehehehe....

Post a Comment