14 July 2013

Tips Penjagaan Mata Selepas Pembedahan Katarak

Assalamualaikum, 

Salah satu daripada pancaindera penting yang dikurniakan Allah SWT kepada kita adalah mata. Mak aku telah selamat menjalani pembedahan mata bagi membuang selaput katarak di mata kirinya. Hari ini dikongsikan bebarapa tips yang aku praktikkan sepanjang menjaga mak.

Tips Penjagaan Mata Selepas Pembedahan Katarak
Tips Penjagaan Mata Selepas Pembedahan Katarak (Gambar hiasan) - michaelduplessie.com
Tahukah anda apa itu katarak? Katarak ialah kekaburan kanta di dalam mata yang mungkin disebabkan oleh penuaan biasa, kecederaan mata atau radang mata, pengambilan ubat tertentu atau penghidap kencing manis. Macam mak aku disebabkan faktor penuaan tu. 

"Sakit tak pembedahan mata tu mak?" aku bertanya kepada mak aku. "Langsung tak sakit. Dia masukkan kanta mata tu pun mak tak sedar." balas mak aku. Memang benar, aku tengok tiada kesan jahitan atau luka pun di sekeliling mata mak selepas pembedahan tu. 

Pembedahan tu mengambil masa tak sampai sejam pun. Namun rawatan susulan dengan pakar mata perlu dilakukan secara berkala. Aku telah berjumpa maklumat mengenai penjagaan mata ni dari laman web Changi General Hospital. 

Apa yang perlu dilakukan selepas pembedahan?
  • Pakar mata akan menyarankan titisan mata antibiotik dan mungkin beberapa ubat untuk melegakan kesakitan. Ikut saranan yang ditetapkan. 
  • Elakkan menggosok mata (walaupun merasa kurang selesa akibat kesan jahitan di mata ). 
  • Pakai pelindung mata pada waktu malam selama dua hingga tiga minggu selepas pembedahan (ini kerana semasa tidur mungkin anda akan menggaru mata). 
  • Elakkan melakukan aktiviti fizikal yang berat, contohnya berlari-lari anak atau berenang. Berhati-hati melakukan aktiviti ringan di rumah seperti berjalan dekat atau menaiki tangga yang rendah. 
  • Elakkan membongkok, mengangkat atau membawa objek berat. Membongkokkan kepala ke bawah akan menyebabkan tekanan ke atas mata. 
    • Apabila mengutip sesuatu daripada lantai, lakukannya dengan menegakkan belakang badan. 
    • Apabila memakai kasut, duduk di atas bangku dan angkat kaki atau minta bantuan orang untuk memakaikan kasut ke kaki. 
  • Elakkan mendukung kanak-kanak kerana mereka mungkin tidak sengaja akan mencucuk mata. 
  • Elakkan sabun, syampu dan air daripada memasuki mata ketika mencuci muka dan rambut pada minggu pertama selepas pembedahan. 
  • Elakkan memandu kenderaan untuk sekurang-kurangnya 6 minggu selepas pembedahan. 
  • Makan seperti biasa, namun makan lebih sayur-sayuran dan makanan yang kaya dengan serat (bagi mengelak sembelit yang menyebabkan tekanan kepada mata semasa membuang air besar). 
Bagaimana untuk memakai titisan mata yang disarankan? Ikuti arahan yang ditetapkan oleh doktor pakar bagi mencegah jangkitan selepas pembedahan:
  • Cuci tangan dengan sabun dan air. 
  • Kebelakangkan (dongak) kepala. Tarik kelopak bawah mata ke bawah.
  • Picit satu titisan daripada botol ke dalam mata. Pastikan supaya hujung botol titisan mata tidak terkena mata. 
  • Tutup mata untuk beberapa saat. 
  • Jika jenis titisan mata yang kedua diperlukan, tunggu selama lima minit sebelum memakai titisan kedua.
  • Jangan sentuh hujung botol titisan mata dengan jari.
Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti mata sakit dan kemerahan, keluar sesuatu dari mata, penglihatan kabur secara tiba-tiba atau mata menjadi bengkak, segeralah berjumpa doktor pakar mata. Alhamdulillah kini mata mak aku dah pulih seperti biasa dan doktor pakar mata sarankan supaya mak memakai cermin mata biasa. 

p.s:
  • Mak aku ada alergik kepada beberapa jenis makanan laut, jadi selepas pembedahan tu memang dia tak ambil makanan laut kecuali ikan. 
  • Jika di waktu siang cahaya matahari terik menyebabkan mata mak aku silau dan pedih. Jadi aku belikan cermin mata gelap supaya dia selesa. 
Sumber : http://www.cgh.com.sg/Health_Library/Health_Information/Pages/HealthLibraryDetails.aspx?DID=249
^_^

83 comments:

  1. teringat arwah opah yang buat pembedahan yang sama, lepas sebulan tu, opah terus meninggalkan kami semua. agaknya, dia buat sebab nak tengok cucu-cucu dia sebelum dia pergi..
    al fatihah untuk opah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke, mak sy baru je buat pembedahan katarak

      Delete
    2. Ye ke, mak sy baru je buat pembedahan katarak

      Delete
  2. Alhmdullilh..pemedahan tu berjalan dgn lncar..^_^
    Time kcih kak berkongsi tip ni..:)

    ReplyDelete
  3. nice sharing Kak Aiza.. mata Hana dah teruk rabun ni.. 350++ untuk setiap mata and sebelah mata tu ada silau.. risau juga pasal katarak ni kot2 ada..

    tag :D http://www.hanasays.com/2013/07/segmen-kad-raya-oh-kad-raya.html

    ReplyDelete
  4. Oh, datuk saya juga berhajat hendak membuang katarak. Tapi, umurnya sudah 80 tahun lebih. Risau pula. Terima kasih panduan ini.

    ReplyDelete
  5. mata adalah organ yg paling penting.. sbb tu kita kene jg betul2..nice sharing kak aiza..

    ReplyDelete
  6. ibu syuk ada buat pembedahan ni. tapi skrg dia dah sihat :D

    ReplyDelete
  7. thanks for sharing.tak pernah taw pun sebelum ni.
    semoga mak akak sihat sepenuhnya dengan cepat k^_^

    ReplyDelete
  8. Gerun pulak membacanya.. semoga mata sy sentiasa sihat bersinar..

    ReplyDelete
  9. Ngilunyaa kena operate kat mata. Huhu~ Semoga mak akak cepat sembuh ye :)

    ReplyDelete
  10. thanks for the tip...... berguna nie buat semua....

    ReplyDelete
  11. mata, pancaindera yang paling penting buat setiap makhluk di dunia..hargai mata anda.. :) selamat berhari Ahad Aiza :))

    ReplyDelete
  12. alhamdulilah :) thank sharing :)

    ReplyDelete
  13. jika tidak dijaga dengan elok selepas pembedahan katarak boleh mengakibatkan pendarahan dalaman dan akan menjadi buta.

    ayah puteri pun pernah menjalani pembedahan katarak.

    ReplyDelete
  14. mata ni selalu jek masuk habuk,, hehe

    ReplyDelete
  15. hm bhaya jgak ye..pnjgaan pn nmpak serius je hu3..mata antara slah 1 yg pntg utk kita..kenalh jga elok2..smoga mak kakAiza cepat sembuh =)

    ReplyDelete
  16. ssh jgk kn kaka nk jga mata slepas pmbedhan ni.. apapun, hrap mak kak aiza cpt smbuh dn pulih mcm biasa blik :)

    ReplyDelete
  17. Hari tue tok frh nk buang jugak katarak..tp memandangkan umur dia dh lebih 80thn doktor ckp berisiko sikit..urat mata pn dh lemah..jadi kami sekeluarga xnk ambik risiko takut nnti timbul masalah lain pulak..so skrg sebelah mata tok frh mmg xnmpk lg dah..cian dia..:(

    ReplyDelete
  18. info yang bagus....berbuka dengan apa hari ni ?

    ReplyDelete
  19. Makseh info nya aiza...memang teruk kalau nak buang katarak nie....

    ReplyDelete
  20. nice sharing akak,alhamdulilah mak akak selamat menjalani pembedahan..semoga cepat sembuh ^_^

    ReplyDelete
  21. membongkok pun tak boleh rupanya ye

    ReplyDelete
  22. aku tahu pasal katarak ni masa awal tahun ni, masa tu ada lawatan kat hospital..tanya pesakit kenapa ddk sini, dia kata wat pembdahan katarak..dia yg beri penjelasan pasaal katarak..mintak dijauhkan dari katarak..

    ReplyDelete
  23. nice sharing kak...tp seram kot ble tgk org bt pembedahan mata nie...

    ReplyDelete
  24. Thanks for sharing akak . Baru hari ni tau pasal katarak ni :)

    ReplyDelete
  25. kadang2 benda y simple je boleh memudaratkan kita.. >.<

    ReplyDelete
  26. @Norhasniza Khalid
    Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.. al-fatihah untuk opah mama..

    ReplyDelete
  27. @Haruno Hana 하나
    wah.. tingginya power.. semoga hana semakin ok.. pakar mata tu juga nasihatkan supaya mak akak banyakkan makan carrot dan tengok pemandangan hijau.. hana cuba la kot-kot berkesan..

    ReplyDelete
  28. @Tetamu Istimewa
    jika tiada penyakit lain boleh sahaja.. apa-apa pun dapatkan nasihat dari doktor pakar..

    ReplyDelete
  29. @Hafiza AizZawa
    betul tu fiza.. kena jaga sejak masih muda ni.. kalau mengikut kata doktor tu banyakkan makan carrot dan selalu tengok pemandangan bewarna hijau juga boleh menjaga mata.. cubalah..

    ReplyDelete
  30. @mirza syazwina
    you are welcome.. alhamdulillah matanya dah ok..

    ReplyDelete
  31. @Mieza Jhaa K
    banyakkan makan carrot dan selalu tengok pemandangan hijau..

    ReplyDelete
  32. @Aida Ismail
    mak akak cakap langsung tak sakit.. terima aksih aiza.. alhamdulillah nampak dah ok..

    ReplyDelete
  33. @Nur Fahz
    betul tu fahz.. kena hargai sementara ia masih ada.. selamat berhari ahad fahz.. :D

    ReplyDelete
  34. @Aku Penghibur
    you are welcome acik.. semoga perkongsian ni memberi manfaat.. :D

    ReplyDelete
  35. @puteri kasih
    betul tu puteri.. besar risikonya kan..

    ReplyDelete
  36. @Waazin Aiman
    masuk habuk cepat-cepat pergi berwudhuk..

    ReplyDelete
  37. @S.K.A
    betul tu fais, kena jaga elok-elok.. alhamdulillah dah sembuh sekarang ni..

    ReplyDelete
  38. @zakirasli ..
    mula-mula memang susah.. lama-kelamaan ok.. alhamdulillah dah sembuh sekarang ni.. :D

    ReplyDelete
  39. @♥ Mrs. Secretary ♥
    kasihannya tok farah.. memang risiko juga sebab ianya melibatkan urat kan.. macam mak akak baru umur 67tahun, tu yang berani buat tu..

    ReplyDelete
  40. @Noor Mala Shahar
    terima kasih.. semoga bermanfaat.. alhamdulillah aiza berbuka dengan sup ayam tadi..

    ReplyDelete
  41. @Nao Mei
    sama-sama cik akak.. seeloknya mencegah lebih baik dari merawat.. jom kita jaga mata kita mulai sekarang..

    ReplyDelete
  42. @dilaella Ella
    thanks dila.. alhamdulillah dah sembuh sekarang ni dan boleh pakai cermin mata biasa.. :D

    ReplyDelete
  43. @boni kacak
    betul tu boni, ianya boleh menyebabkan tekanan kepada mata..

    ReplyDelete
  44. @Bahrain Ramlan
    jagalah mata mulai sekarang.. banyakkan makan carrot dan selalu melihat pemandangan semulajadi bewarna hijau..

    ReplyDelete
  45. @Fizi Zaidi
    you are welcome fizi.. mula-mula rasa seram la juga.. alhamdulillah semua ok sahaja..

    ReplyDelete
  46. @cik natasya (:
    you are welcome adik.. semoga perkongsian ini bermanfaat.. :D

    ReplyDelete
  47. @Kathy Rbain
    betul tu kathy.. mencegah lebih baik dari mengubati..

    ReplyDelete
  48. @AiSyA LiEzA
    setuju sangat.. ramai orang mengambil ringan terhadap penjagaan mata sejak muda..

    ReplyDelete
  49. syafahallah~semoga mak kak aiza diberi penglihatan yg lebih baik selepas ini.

    ReplyDelete
  50. Macammanela agaknya hidup ni tanpa mata... Hu3
    So, lpas Operate katarak ni, kemungkinan utk dpt balik pnyakit ni ade x Mizz Aiza?

    ReplyDelete
  51. @Giorgio Izas
    tak dapat dibayangkan perasaan tu giorgio..
    kemungkinan akan dapat balik atau lebih teruk (akibat jangkitan kuman) jika tidak dijaga dengan baik selepas pembedahan.. kebersihan perlu dititikberatkan..

    ReplyDelete
  52. pernah juga sengar orang buat pembedahan katareks ni...risau jugak kan dengan masaalah mata ni..setakat eabun biasa pun dah masaalah...tapi tulah kan macam kata prof Muhaya..kita tak bolih terlalu fikirkan sangat...ada yg lebih teruk dari kita...

    jagalah mata kita juga mata hati kita..

    ReplyDelete
  53. bapa saya dalam 2-3 tahun lepas. adik bongsu cakap bapa dah jadi lanun sebab mata sebelah kena tutup. hehe. adoyaiii...

    ReplyDelete
  54. biasanya org2 tua la yg biasa buat pembedahan katarak ni kan...

    ReplyDelete
  55. erkkk x_x rasa mata ni pulak yg sakit kak...nice sharing kakak! ^_^

    ReplyDelete
  56. Time belajar dulu, tiap2 mggu CK ulang-alik dr pd ke kl naik moto. pakai helmet tanpa visor atau cermin mata. konon nampak gempak la...bila dah tua2 ni, mata pun agak kabur (jauh)...jd, sayangilah mata anda walau apa jua keadaan sekali pun.

    *CK shopping drypers dan michelin utk aiza ;)

    ReplyDelete
  57. alhamdulillah mak aiza selamat jalani pembedahan.brcerita psl katarak,tahun lepas abah ipah tak nampak.ingtkan katarak.tggu hsptl krjaan kan lmbt so bawak g swasta sbb sian abah tak nampak bila nak mgaji.tapi akhrnya swasta sahkan rbun bukan sbb katarak tapi diabetes.huhu...

    ReplyDelete
  58. betul tu tak boleh nak dukung dukung cucu bagai.

    mcm mertua akak ni. sian cucu cucu dia yang lapis bawah tu. tak merasa le nak rasa didukung olek Tok. maklumlah kan dah le kencing manis mata pulak dah operation bagai.

    ReplyDelete
  59. tapi tgk org buat operation mata nmpk scary je. rupenya tak rsa ape2. huhu. tips yg bagus kak :D

    ReplyDelete
  60. mak nina pun 2x buat operation utk kedua belah mata tp sebelah kanan xbrapa nampak hanya bergantung pd mata kiri.


    semoga mak akak cpat sembuh ya :)

    ReplyDelete
  61. Betulll...kena jaga dengan baik pasal mata nie...anugerah yg tak ternilai...
    semoga emak awak cpt sembuh yer...

    ReplyDelete
  62. terima kasih atas perkongsian maklumat.. ayah saya akan buat operation mata hujung minggu ni.. will take note about this. :)

    ReplyDelete
  63. Anak umur sthn kene buat operation katarak..sbb virus chicken pox masa 6 bln pregnantkn dia..byk jgk perkara yg dipelajari..misalnya klau lambat operation kemungkinan baby akan juling..so sblm umur 6 thn kene buat beberapa exercise mata utk halang dri juling.

    ReplyDelete
  64. Anak umur stahun kene operation katarak..sbb virus cmpak masa 6 bln prgnantkn dia..klau lmbat operate mata dia akan jdi juling..

    ReplyDelete
  65. @Asmiza Shuib
    kasihannya dia.. saya mendoakan semoga anak cepat sembuh..

    ReplyDelete
  66. Adakah sehari selepas opration mata,mata agk kemerah² an sedikit??

    ReplyDelete
  67. Adakah sehari selepas opration mata,mata agk kemerah² an sedikit??

    ReplyDelete
  68. Adakah sehari selepas opration mata,mata agk kemerah² an sedikit??

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ianya bergantung kepada individu.. mata mak saya tidak kemerah-merahan selepas operation..

      Delete

Terima kasih sudi komen.. ^_^