Kisah Pemandu Bas Ekspres

Assalamualaikum,

Kisah ini berlaku ketika kawan aku pulang berhari raya di kampungnya di Kedah dengan menaiki bas  pada tahun 2010. Setelah hampir seminggu berhari raya bersama keluarga tersayang, dia pulang ke Kuala Lumpur. 

"Sejak dari tadi encik berpusing dan melalui jalan yang sama." tiba-tiba tegur seorang penumpang lelaki. Pemandu bas hanya terdiam seketika. "Err, sebenarnya saya tak biasa dengan jalan-jalan di Kuala Lumpur ni." balas pemandu tu jujur (kawan aku dan penumpang yang menegur duduk di belakang tempat duduk pemandu). 

Syukur sebab penumpang itu dengan baik hatinya menunjukkan jalan ke Hentian Duta. Rancak betul penumpang itu berbual dengan pemandu bas. Rupa-rupanya bas yang dinaiki oleh kawan aku adalah bas tambahan yang disewa bagi menampung kekurangan bas ekspres menjelang musim perayaan. 

Kisah Pemandu Bas Ekspres
Pemandu bas ekspres (Gambar hiasan) - Google
"Encik kerja di mana? Nampak sudah biasa dengan jalan-jalan di sini." soal pemandu bas. "Sebenarnya saya polis, saya memang berkhidmat di Kuala Lumpur." balas penumpang itu sambil menunjukkan kadnya. 

Rupa-rupanya lelaki tu polis yang menyamar sebagai penumpang sempena Ops Sikap yang dilancarkan pada musim perayaan bagi mengesan pemandu bas ekspres yang memandu tidak mengikut peraturan jalanraya. Nasib baik pemandu bas tu memandu mengikut peraturan.

p.s: Semoga perjalanan pulang rakan-rakan blogger dan anda semua ke kampung masing-masing selamat. Patuhilah undang-undang yang telah ditetapkan. 

^_^

51 comments

August 1, 2013 at 6:37 AM

tak sabar nak blik beraya..

August 1, 2013 at 7:02 AM

Hati2 juga kak balek kampuang nanti :)

August 1, 2013 at 7:15 AM

Pemantauan dari pihak berkuasa bagus untuk menjamin keselamatan. Semoga anda semua selamat pulang ke desa...
MA Balik mane ye?

August 1, 2013 at 7:23 AM

Selamat pulang ke kampung halaman! ^^ Tak kira la pemandu bas ke, teksi ke, lori ke, hati2 di jalan raya. :D

August 1, 2013 at 7:44 AM

Lia tak balik kampung. Lia balik bandar.. hahaha

August 1, 2013 at 8:58 AM

huhu..bahaya tu. harini saja paper dh ada 2 accident. berhati2 semasa pulang ke kg :D

August 1, 2013 at 9:35 AM

peh nasib baik , kalau tak dah bdrama dalam bas hihi

August 1, 2013 at 9:35 AM

kg abe kie dkt aje. 15 minit dah sampai...

August 1, 2013 at 10:17 AM

bagus polis ni,jalankan tanggungjawab :)

August 1, 2013 at 10:31 AM

baca doa dulu sebelum memandu..pastikan cukup mtidur...


Hishop satu

August 1, 2013 at 10:43 AM

*background music lagu balik kampung* hehehe

August 1, 2013 at 10:50 AM

Hahaha, bgtau polis sambil tunjuk kad kuasa, macam nak tahan pakcik tu je?

August 1, 2013 at 10:56 AM

hohohoho...pakcik driver bkn ms raya je kn berhati2...sepanjang ms pn kena berhati2

August 1, 2013 at 10:58 AM

Musim perayaan nie mmg byk la bas tambahan nie..Undang2 mmg kne patuhi tambah pulak kenderaan awam..

August 1, 2013 at 11:02 AM

berhati-hati dijalanraya...

August 1, 2013 at 11:10 AM

Slmt pulang ke desa bHari raya..
Jom join giveaway ni mizza
http://www.zurarahman.com/giveaway-by-zurarahman-duit-raya/

August 1, 2013 at 11:10 AM

bernasib baik driver bus tu . kalau tidak memang dah kena saman >.<

August 1, 2013 at 11:13 AM

patut jugak buat macam tu...pemandu kenalah hati2..sbb melibatkan banyak nyawa

August 1, 2013 at 11:36 AM

Bagus idea setiap bas ada seorang anggota polis.. baru lah diorang ni berhati-hati ketika memandu..

August 1, 2013 at 12:00 PM

berhati-hati dijalan raya dan selamat hari raya hehe

August 1, 2013 at 12:01 PM

ouh ops sikap nie bagus hehe
nnty ramai nak pulang raya. hopefully sume selamat amin :)

August 1, 2013 at 12:18 PM

hahaha.. lama dah tak balik kg.. tok dgn nek dah takde..
lama juga tak naik bas.. last sekali masa belajar lebih 10 tahun yang lalu..

August 1, 2013 at 12:30 PM

tiket dah habes dah...hehehe
naek pakai kenderaan sendiri laaa....
tak sabar balik kg jumpa ma n abah...hoho

August 1, 2013 at 1:00 PM

memang laju pemandu bas ekspress ni..

August 1, 2013 at 1:01 PM

akak pon hati juga bila balik raya..selamat hari raya..:D

August 1, 2013 at 1:05 PM

Nasib baik pemandu tu tak buat hal..kalau tak senang-senang aje dapat hadian free dari En polis tu..

August 1, 2013 at 1:06 PM

semoga semua selamat balik kg tahun ni

August 1, 2013 at 1:44 PM

tetiba wak teringat kisah wak gi haji dgn pemandu haram dari mesir., sesat x hingat dari kota madinah.. call sana call sini.. last2 drebar kuar dok tepi jalan termangu..,uHUuuu

August 1, 2013 at 2:06 PM

hati2 semasa memandu..ingatlah orang tersayang..hargailah nyawa anda dan penumpang lain..

August 1, 2013 at 2:43 PM

mama balik raya sehari sebelum raya... selalunya ambil masa 5 ke 6 jam perjalanan....

August 1, 2013 at 3:03 PM

Tak pernah ada pengalaman balik raya naik bas lagi akak.. sebab rumah family & mertua farah dekat2 jer..hehehe..;)

August 1, 2013 at 3:05 PM

bagus juga polis buat mcm tu kn =) skrg2nya driver bas ni alert skit..lgpn kmlangan time raya ni mnjdi2 je..

August 1, 2013 at 3:10 PM

mak ai..sekali polis daa...

patut pun . kalau idak ntah ke mana la nak di bawa penumpang tu

August 1, 2013 at 3:18 PM

Sally raya KL je..huhu...

p/s : thanks kak doakan sally :)

August 1, 2013 at 3:19 PM

esok cik akak balik kampung...
doakan cik akak selamat ye...:)

August 1, 2013 at 3:29 PM

bagus juga klu polis bt macam ni..untuk keselamatn kita..semoga semuanya bejalan dgn lancar semperna menyambut hari raya ni..=D

August 1, 2013 at 3:44 PM

Assalammualaikum...dunia kecil,

kesian pakcik bas kena saman, habis duit nak raya bayar saman...

mselim3

August 1, 2013 at 3:49 PM

Tu dia, nasib baik memandu ikut undang-undang kalau tak 'sign' surat cintalah jawabnya.
Salam kenal.

August 1, 2013 at 4:12 PM

kak, selamat balik kampung ya nanti :) mesti ramai balik esok kan..

August 1, 2013 at 4:34 PM

jujur kan bagus :)

August 1, 2013 at 6:12 PM

berhat-hati di jalan raya...terutama pemandu bas...

August 1, 2013 at 6:54 PM

Bagus juga cara begitu. Insya-Allah, esok nak pulang ke kampung dah. Tak sabar rasanya. Moga segalanya dipermudahkan dan diberkati.

August 1, 2013 at 8:13 PM

alhamdulillah...JM dah lama sampai kampung kak..hehe...tak naik bas...sbb baba pandu keta....naik bas ekspres mmg tak pernah...hee =3

August 1, 2013 at 11:30 PM

hati2 dijalan raya , semoga selamat smpai ke destinasi :)

August 1, 2013 at 11:36 PM

wuiihh..gila ahh..boleh plak polis tu menyamar jadik penumpang dalam bas.

August 2, 2013 at 9:15 AM

pernah naik bas tambahan masa time raya...harga tiketnya mahal......huhu

August 2, 2013 at 1:27 PM

semohg asmeua selamat tiba ke destinasi..

August 2, 2013 at 6:01 PM

Wauuu dashat...siap menyamar lagi.. bagus jgk ada polis yg menyamar ni..rasa selamat..

August 3, 2013 at 12:00 AM

tagged :

http://kasihlestariabadi.blogspot.com/2013/08/6th-giveaway-by-aimi-wardina.html

August 4, 2013 at 3:57 AM

Wah baru lg tulisan ni hehe...ni sy bc smbil tunggu sahur...selamat hari raya semua


August 4, 2013 at 9:38 PM

ehehe polis ek, patut la.tp mmg baik hati tul dia tunjuk jalan.mcm tu la.kite bersopan dgn org ,org pn baik dgn kite kan? :)

Post a Comment