Testimoni Keep Slim

Assalamualaikum,

Aku nak share pengalaman aku sendiri yang pernah mengikuti program pengurusan berat badan di Keep Slim. Aku teruja tengok iklan Keep Slim yang menonjolkan modelnya Raja Azura yang kurus. Sebelum ini telah dibincangkan mengenai alasan perlu kurus.

Obses Kurus - Google
Aku mula mendaftar program ni pada bulan Oktober 2011 di cawangan Putrajaya. Aku pergi sorang-sorang lepas balik kerja. Memang nampak profesional cara dia layan aku. Mula-mula dia hidangkan secawan teh hijau. Pastu dia bagi pada aku satu form untuk diisi maklumat peribadi dan corak pemakanan seharian yang aku amalkan selama ni. 

Sesi consultation pun bermula. Katanya consultation percuma je. Kemudian dia minta aku tukar pakai panty pakai buang dan bra macam tube (dia sediakan). Memang malu giler sebab first time orang tengok badan aku. Dia ukur berat badan dan ketinggian aku. Pastu aku pakai baju balik dan dia mula consult aku. 

Dia cakap badan aku ni gemuk daging dan dia cadangkan satu pakej yang harganya RM4,000.00. Alahai, mahalnya. Pakej tu 6 sesi rawatan je, tapi harganya satu setengah bulan gaji aku. Dia tanya aku ada kad kredit ke tak, nasib baik aku dah terminate credit card aku dulu. So dia mintak aku bagi deposit dulu dan ansuran 3 kali bayar (mula bayar masa treatment). Aku memang termakan habis dengan kata-kata manisnya. Aku bayar dulu deposit RM100.00. 

Kali pertama rawatan aku datang lepas habis waktu kerja. Aku dah janji nak bayar duit RM1,900.00 kat dia. Dia bawa aku ke bilik consultation dan bagi pada aku jadual pemakanan yang mesti aku ikuti. Rupa-rupanya kena berdiet juga, ingatkan tak payah. Ye la, dah bayar mahal-mahalkan.. 

Kemudian dia suruh aku tukar pakai panty pakai buang dan bra macam tube. Pastu dia timbang berat badan aku dan bawa aku ke bilik sauna. Memang panas giler, tapi boleh tahan lagi la. Setengah jam aku disauna. Pastu dia sapukan krim apa ntah dan balut badan aku dengan wrapping paper. Aku disuruh berbaring kat atas katil, katanya nak guna infra red untuk pecahkan lemak. Dekat 15 minit jugak kot dia buat, tapi aku tak rasa apa-apa pun. Agaknya lemak aku dah tepu kot.. 

Dia bekalkan aku sekotak teh herba dan 6 kotak minuman kesihatan (benda-benda ni memang dah termasuk dalam pakej tu). Minuman kesihatan (perisa limau) tu perlu diminum setiap pagi, rasanya tak sedap pun. Seuncang teh boleh digunapakai banyak kali. Bermula la episod baru berdiet. Kemudian dia bagi tarikh temujanji seterusnya pada minggu depan. 

Kali kedua rawatan, aku cakap baki bayaran ansuran lagi RM2,000.00 tu tunggu gaji aku masuk dulu. Dia cakap ok dia boleh consider. Dia buat proses yang sama macam kali pertama hari tu jugak. Lepas habis sesi infra red tu dia bawa aku masuk ke bilik consultation. Dia mula mempengaruhi aku supaya beli krim yang boleh memecahkan lemak beharga RM 300.00 (kecik je bekas krim tu, tak padan dengan harga). Aku mula rasa tak sedap hati, hari tu masa first time consult takde plak dia cakap kena beli apa-apa tambahan. Lari bajet aku camni. Aku cakap biar la dulu, next treatment aku beli la (ayat nak selamatkan diri). 

Balik ke rumah je, aku mula berfikir balik. Berbaloi ke aku teruskan rawatan kat Keep Slim? Setiap kali treatment kena tambah benda dan semestinya kena tambah duit (kalau dia bagi free ok jugak). Lebih baik aku berhenti sebelum ianya melarat. Tak pasal-pasal hutang aku keliling pinggang. Biarlah aku rugi RM2,000.00 tu, asalkan aku tak terus kayakan dia. Sejak hari tu kalau dia call aku memang dah tak jawab.

Kalau tengok jadual makan yang Keep Slim bagi tu sama macam jadual pemakanan yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan je. Bezanya senaman digantikan dengan rawatan tu. Antara senaman dengan rawatan tu aku lebih prefer senaman kerana ianya tidak memerlukan kos pun.  

Moralnya, jangan cepat terpengaruh dengan iklan. Ukur baju di badan sendiri dan tengok kemampuan kita. Tiada benda yang mudah untuk dimiliki di dunia ni. Semuanya memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang.

Namun, tak salah jika kita benar-benar berkemampuan untuk membayar. Memang tak dinafikan, Keep Slim mungkin berkesan tapi kena berkorban duit. Kecuali kalau dah banyak duit dan sampai dah tak tau nak buat apa dengan duit tu.

Halal Itu Penting

Assalamualaikum,

Seringkali kita meragui sama ada makanan, produk atau premis yang dikunjungi atau makan saban hari adalah berstatus halal atau pun tidak. Persoalan halal adalah penting disebabkan ianya melibatkan pembentukan rohani dan jasmani. 

Kepentingan memakan makanan yang halal telah pun disebut oleh Allah SWT di dalam Al-Quran melalui firman-Nya : 


“Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman dengan-Nya.” 

(Al-Maidah : 88)

Islam menggesa supaya kita menjaga pemakanan seharian dengan memakan makanan yang bersih dan halal sahaja. Mereka dilarang memakan makanan yang kotor dan haram kerana ianya boleh menjejaskan kesihatan.
Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) telah bertanggungjawab untuk memastikan semua produk yang diberi sijil halal atau yang menggunakan perbahasaan halal adalah suci dan halal mengikut lunas-lunas syarak. 

Sekiranya anda meragui tahap halal sesuatu makanan, produk atau premis, anda boleh terus membuat pertanyaan/aduan/maklumbalas melalui Portal Rasmi Halal (klik sini)

Anda juga boleh menyemak status pemegang sijil halal menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti berikut:

HALAL< >SEMAK< > No. Pendaftaran Syarikat (ROC) dan hantar ke 15888
Contoh : HALAL SEMAK 12345X

Kata-kata Hikmah - Matlamat Kompas Kehidupan

Assalamualaikum,

"Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut di tengah lautan. Terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan. Jika bernasib baik, terdamparlah ia di tepian, jika nasibnya malang, maka hanyutlah ia dan terus dipukul ombak dan badai yang akhirnya akan karam". 

Matlamat Kompas Kehidupan

^_^

Jom Bayar Zakat Pendapatan

Assalamualaikum,


Kata-kata Hikmah - Matlamat Kompas Kehidupan
Hanya 2.5% dari pendapatan tahunan
Menunaikan zakat adalah salah satu dari Rukun Islam. Ianya merupakan cara untuk menyucikan harta. Salah satu dari zakat yang wajib ditunaikan adalah Zakat Pendapatan. Apa itu Zakat Pendapatan?

Zakat Pendapatan adalah salah satu daripada zakat harta yang dikenakan ke atas penggajian (hasil usaha) apabila mencukupi syarat-syarat yang tertentu. Syarat-syarat wajib zakat (www.zakat.com.my) adalah seperti berikut:

1) Islam
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.

2) Merdeka
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

3) Milik Sempurna
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

4) Cukup Nisab
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 10,300 (bergantung kepada harga semasa emas)

5) Cukup Haul
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

6) Niat Untuk Berniaga
Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.

Jika anda memenuhi syarat-syarat di atas, anda wajib membayar zakat. Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 2.5% sahaja daripada keseluruhan pendapatan tahunan iaitu setelah ditolak perbelanjaan-perbelanjaan asasi tahunan (diri, isteri, anak, pemberian kepada ibu bapa, KWSP dan caruman ke organisasi yang membayar zakat seperti Tabung Haji). 

Pembuatan Surimi

Assalamualaikum,

Apakah itu Surimi? Surimi adalah daging ikan yang dicincang dan dibasuh secara larut lesap dengan air kemudian dicampurkan dengan gula dan bahan tambahan lain sebelum dibekukan. Ianya berasal dari bahasa Jepun (Sir-ree-mee) yang bermaksud daging cincang. 

Surimi digunakan sebagai bahan utama di dalam penghasilan produk perikanan seperti bebola ikan, jejari ikan, kek ikan, nugget ikan, kamaboko, sosej ikan dan lain-lain. Ianya boleh disimpan sehingga 6 bulan pada suhu -20 darjah celcius.

Pembuatan Surimi
Surimi
Bahan-bahan: 
Ikan segar (ikan biji nangka, ikan kerisi, ikan mengkarung, dan ikan lolong)
Gula
Polifosfat

Cara Membuat:
1. Pilih ikan segar.
Pembuatan Surimi
Pemilihan ikan segar
2. Timbang ikan.
Pembuatan Surimi
Ikan segar ditimbang
3. Buang kepala dan isi perut ikan.
Pembuatan Surimi
Kepala dan isi perut dibuang
4. Cuci ikan.
Pembuatan Surimi
Ikan dibersihkan
5. Asingkan tulang dan kulit ikan. Ambil isi sahaja.
Pembuatan Surimi
Tulang dan kulit diasingkan dengan mesin
6. Timbang isi ikan.
Pembuatan Surimi
Isi ikan ditimbang
7. Luluh lesap isi ikan.
Pembuatan Surimi
Proses luluh lesap isi ikan
8. Perah isi ikan.
Pembuatan Surimi
Proses memerah isi ikan
9. Saring isi ikan.
Pembuatan Surimi
Proses menyaring isi ikan
10. Timbang isi ikan yang telah disaring.
Pembuatan Surimi
Proses menimbang isi ikan
11. Gaul isi ikan dengan gula dan polifosfat.
Pembuatan Surimi
Isi ikan digaul dengan gula dan polifosfat
12. Bungkus dengan plastik lutsinar dan labelkan tarikh pembuatan.
Pembuatan Surimi
Proses pembungkusan
13. Simpan di dalam bilik sejuk pada suhu -20 darjah celcius. 
Pembuatan Surimi
Simpan dalam bilik sejuk

Rawatan di Hospital Putrajaya

Assalamualaikum,

Aku sering menemani mak aku membuat temujanji doktor untuk berjumpa doktor pakar mata di Hospital Putrajaya. Mata mak aku mempunyai masalah katarak dan telahpun menjalani pembedahan memasukkan kanta. So kena buat susulan la.. 

Hospital Putrajaya
Shuttle yang setia menunggu
Parking di kawasan hospital sangat sesak. Kalau tunggu pun memang sakit hati bila tiba-tiba ada kereta baru masuk tapi potong barisan dan terus parking. So salah satu alternatif yang mudah dan tak perlu pening adalah menaiki shuttle van yang memang disediakan oleh Hospital Putrajaya. 

Anda hanya perlu parking kereta di tempat meletak kereta berbayar berdekatan dengan Putrajaya Sentral. Shuttle van sedia menunggu di hadapan ERL Putrajaya. Kekerapan adalah setiap 15 minit sekali ianya akan berulang-alik menghantar dan mengambil penumpang dari ERL Putrajaya ke Hospital Putrajaya. Perkhidmatan ini adalah PERCUMA dan bermula dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang..

Mencegah Bau Badan

Assalamualaikum,

Berpeluh adalah penting untuk mengekalkan suhu badan. Namun jika tidak dikawal boleh menyebabkan masalah bau badan yang kurang menyenangkan. Pasti kita akan berasa kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan insan lain.

Mencegah Bau Badan
Mencegah Bau Badan (Gambar hiasan) - huffingtonpost.ca
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai mencegah nafas berbau. Beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mencegah bau badan adalah seperti berikut: 

1. Mencegah bau badan dengan memilih pakaian dari fabrik semulajadi
Kain kapas adalah fabrik semulajadi yang baik untuk menyerap peluh. Ianya lebih baik daripada kain sintetik. 

2. Mencegah bau badan dengan mengurangkan memakan bawang
Pemakanan bawang putih dan bawang merah mentah boleh membuatkan badan, gigi dan rambut anda berbau. 

3. Mencegah bau badan dengan mengurangkan masakan daging berempah
Ekstrak protein dan minyak daripada daging dan rempah tertentu kekal dalam sistem perkumuhan dan ianya lambat dihadam. Seterusnya ia menyumbang kepada bau badan yang kurang menyenangkan. 

4. Mencegah bau badan dengan menggunakan limau nipis dan daun sirih
Penggunaan bahan semulajadi seperti limau nipis dan daun sirih mampu mengatasi masalah bau badan. Gosokkan ke ketiak anda ketika mandi. Bilas ketiak dengan air dan gosok dengan belakang tapak tangan sambil selawat 3 kali.

5. Mencegah bau badan dengan memakai deodoran
Melaburlah sedikit wang untuk membeli deodoran bagi meningkatkan keyakinan diri kita apabila berhadapan dengan insan di sekeliling anda. 

Oleh itu, masalah bau badan perlu diatasi dengan segera agar ianya tidak mengganggu aktiviti seharian kita. Terdapat banyak lagi cara untuk mencegah bau badan yang boleh dilakukan. Apa yang penting perlu konsisten melakukannya. 

Ekspo Buku Islam Putrajaya 2013

Assalamualaikum,

Siang tadi aku ke Ekspo Buku Islam Putrajaya 2013. Acara yang dianjurkan oleh Sinergi Ilmu ini telahpun bermula pada 22 Februari 2013 dan ianya diadakan di Dewan Cempaka Sari, Presint 3, Putrajaya. 

Ekspo Buku Islam Putrajaya 2013
Pintu masuk utama ke Ekspo Buku Islam Putrajaya 2013
Disebabkan aku datang pada hari kerja, tak ramai orang yang datang. So aku bebas mencuci mata melihat buku-buku yang dijual. Diskaun yang ditawarkan oleh penerbit-penerbit buku yang menyertai amat berpatutan iaitu dari 10% hingga 30%. Baucar Buku 1 Malaysia juga diterima. 

Ekspo Buku Islam Putrajaya 2013
Antara buku yang dijual (Sarjana Media)
Ekspo Buku Islam Putrajaya 2013
Antara buku yang dijual (Jasmin Publications)
Ekspo Buku Islam Putrajaya 2013
Antara buku yang dijual (Karangkraf)
Jangan lepaskan peluang untuk membawa seisi keluarga mengunjungi ekspo buku ini. Jom menimba ilmu dengan memperbanyakkan membaca buku-buku ilmiah. Budaya membaca perlu diterapkan sejak anak-anak kita masih kecil. Membaca itu jambatan ilmu.. 

Diet untuk Pesakit Darah Tinggi

Assalamualaikum,

Diet seimbang merupakan salah satu cara untuk mengawal penyakit tekanan darah tinggi. Di dalam amalan diet seimbang, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan yang berkolesterol dan kandungan garam yang tinggi. 

Diet untuk Pesakit Darah Tinggi

Sebelum ini telah dibincangkan punca dan tanda-tanda penyakit darah tinggi. Pengambilan garam (melebihi 6 gm sehari) mendedahkan diri kita kepada penyakit darah tinggi. Kandungan garam di dalam beberapa jenis makanan adalah seperti berikut:

1. Makanan kandungan garam rendah
  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran
  • Minyak sayuran
  • Lemak
  • Gula
  • Tepung
  • Nasi
  • Roti putih
  • Roti mil penuh (berserat tinggi)
  • Bijirin 
  • Kekacang
2. Makanan kandungan garam sederhana
  • Daging
  • Ikan
  • Telur
  • Susu
3. Makanan kandungan garam tinggi
  • Bahan perisa, monosidium glutamate (MSG)
  • Kicap, sos barbeku, taucu (pes soya), sos cili, sos tiram
  • Sayuran (marinate)
  • Penambah perasa, kiub perasa
  • Serbuk penaik (berasaskan natrium), soda bikarbonat
  • Krim salad, mayonis
  • Makanan siap proses:
    • Makanan dalam tin
    • Bijirin (segera dimakan)
    • Keju
    • Sup (sedia dimakan)
    • Sosej, daging burger
  • Makanan diawet:
    • Ikan masin, telur masin
    • Daging diawet
    • Jeruk buah-buahan, jeruk sayur-sayuran
  • Belacan, cincaluk, budu
Gunakan bahan semulajadi ketika menyediakan makanan. Anda boleh menggantikan penambah perisa dengan rempah-ratus, herba, bawang putih dan bawang merah. Bagi menggantikan garam, gunakan perahan jus limau nipis.  

Penurunan berat badan dan senaman yang teratur juga adalah penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Oleh itu amalkan diet seimbang dan gaya hidup sihat agar terhindar dari penyakit darah tinggi. "Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari merawat". 

Diolah dari sumber: www.myhealth.gov.my

3 Kelebihan Memelihara Seekor Kucing

Assalamualaikum,

Kelebihan Memelihara Seekor Kucing
Manja dan gedik..
Kucing adalah haiwan peliharaan yang begitu sinonim dengan kehidupan manusia sejak 4,000 tahun yang lalu. Ianya haiwan yang lasak tetapi manja dan comel. Aku ingin kongsikan 3 kelebihan memelihara seekor kucing di rumah anda seperti berikut: 

1) Anda sanggup memelihara seekor kucing walaupun kos untuk memeliharanya tinggi. Ini menunjukkan anda seorang yang baik hati dan prihatin. Secara tidak langsung sifat penyayang telah dipupuk dalam diri anda. 

2) Anda dapat berinteraksi dengan kucing kesayangan sebagai salah satu cara untuk mengurangkan tekanan perasaan dan tekanan darah. Kucing dapat menjadi teman kepada individu yang kesunyian. Ia menghiburkan anda dengan pelbagai aksi yang nakal tetapi comel. 

3) Masa harian tidak dibazirkan dengan aktiviti lain yang tidak berfaedah. Masa anda dihabiskan dengan melayan kerenah atau menatarias kucing kesayangan anda di rumah.  

Buah-buahan Nadir di Semenanjung Malaysia

Assalamualaikum,

Apakah buah-buahan nadir? Nadir bermaksud sedikit atau jarang. Buah-buahan nadir adalah buah-buahan yang jarang-jarang ditanam secara komersial dan semakin sukar ditemui. Kebanyakannya ditanam bercampur dengan buah-buahan lain di dusun atau dijadikan sebagai pokok teduhan di halaman rumah. Ianya juga terdapat semulajadi di kawasan hutan atau tumbuh secara liar di kawasan tanah berhampiran kita. 

Buah-buahan nadir yang terdapat di Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:
  • Abiu
Buah-buahan Nadir
Abiu
  • Anona Kapri
Buah-buahan Nadir
Anona Kapri
  • Asam Gelugor
Buah-buahan Nadir
Asam Gelugor
  • Asam Jawa
Buah-buahan Nadir
Asam Jawa
  • Asam Kandis
Buah-buahan Nadir
Asam Kandis
  • Asam Keranda
Buah-buahan Nadir
Asam Keranda
  • Asam Paya
Buah-buahan Nadir
Asam Paya
  • Avocado
Buah-buahan Nadir
Avocado
  • Bacang
Buah-buahan Nadir
Bacang
  • Belimbing Buloh
Buah-buahan Nadir
Belimbing Buloh
  • Beruas
Buah-buahan Nadir
Beruas
  • Bilak
Buah-buahan Nadir
Bilak
  • Binjai
Buah-buahan Nadir
Binjai
  • Buah Ajaib
Buah-buahan Nadir
Buah Ajaib
  • Buah Ara
Buah-buahan Nadir
Buah Ara
  • Buah Pala
Buah-buahan Nadir
Buah Pala
  • Buah Rotan
Buah-buahan Nadir
Buah Rotan
  • Ceri Terengganu

Buah-buahan Nadir
Ceri Terengganu
  • Cermai
Buah-buahan Nadir
Cermai
  • Cermai Belanda
Buah-buahan Nadir
Cermai Belanda
  • Cerapu
Buah-buahan Nadir
Cerapu
  • Ceri Barbados
Buah-buahan Nadir
Ceri Barbados
  • Delima
Buah-buahan Nadir
Delima
  • Durian Belanda
Buah-buahan Nadir
Durian Belanda
  • Gajus
Buah-buahan Nadir
Gajus
  • Icecream Bean
Buah-buahan Nadir
Icecream Bean
  • Jambu Bol
Buah-buahan Nadir
Jambu Bol
  • Jambu Mawar
Buah-buahan Nadir
Jambu Mawar
  • Jentik-jentik
Buah-buahan Nadir
Jentik-jentik
  • Jering
Buah-buahan Nadir
Jering
  • Kabung
Buah-buahan Nadir
Kabung
  • Kasai
Buah-buahan Nadir
Kasai
  • Kedondong
Buah-buahan Nadir
Kedondong
  • Kelapa Laut
Buah-buahan Nadir
Kelapa Laut
  • Kemunting
Buah-buahan Nadir
Kemunting
  • Kepayang
Buah-buahan Nadir
Kepayang
  • Keranji
Buah-buahan Nadir
Keranji
  • Kerdas
Buah-buahan Nadir
Kerdas
  • Keriang
Buah-buahan Nadir
Keriang
  • Kuini
Buah-buahan Nadir
Kuini
  • Kundang 
Buah-buahan Nadir
Kundang
  • Labu Kayu
Buah-buahan Nadir
Labu Kayu
  • Limau Pagar
Buah-buahan Nadir
Limau Pagar
  • Longan Brazil
Buah-buahan Nadir
Longan Brazil
  • Melaka
Buah-buahan Nadir
Melaka
  • Melinjau

Buah-buahan Nadir
Melinjau
  • Mentega

Buah-buahan Nadir
Mentega
  • Nam-nam
Buah-buahan Nadir
Nam-nam
  • Nipah
Buah-buahan Nadir
Nipah
  • Penar
Buah-buahan Nadir
Penar
  • Pulasan
Buah-buahan Nadir
Pulasan
  • Putat
Buah-buahan Nadir
Putat
  • Rambai

Buah-buahan Nadir
Rambai
  • Redan
Buah-buahan Nadir
Redan
  • Rhedia
Buah-buahan Nadir
Rhedia
  • Rukam
Buah-buahan Nadir
Rukam
  • Sapukaya
Buah-buahan Nadir
Sapukaya
  • Sekiat
Buah-buahan Nadir
Sekiat
  • Sentul
Buah-buahan Nadir
Sentul
  • Tampoi

Buah-buahan Nadir
Tampoi
Sumber:
  • Nama buah : Jabatan Pertanian Malaysia
  • Gambar : Google