Berubah ke Arah Kebaikan

Assalamualaikum, 

Setiap orang pasti mahukan perubahan ke arah kebaikan dalam hidupnya sama ada di dalam kehidupan atau sikap. Saban tahun pasti kita berazam untuk menjadi lebih baik dari tahun yang sebelumnya, namun selalu ianya hanya separuh jalan. 

Berubah ke Arah Kebaikan
Berubah ke Arah Kebaikan (Gambar hiasan) - facebook. com
Bersama kita berusaha untuk berubah ke arah kebaikan seperti berikut:
  1. Sebaiknya ubahlah diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengubah orang lain. Jika anda masih di takuk yang lama, seolah-olah cakap tak serupa bikin.
  2. Lakukan perubahan secara perlahan-lahan. Untuk meninggalkan sikap buruk yang telah sebati dengan diri pasti sesuatu yang sukar dan memerlukan masa.
  3. Usah bertangguh untuk melakukan perubahan kerana jika dibiarkan pasti ianya semakin melarat dan sukar untuk diubah.
  4. Lakukan perubahan dengan niat yang ikhlas serta bersungguh-sungguh. Paksa diri anda untuk berubah dengan sepenuh hati kerana nafsu akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. 
  5. Lakukan perubahan secara berulangkali sehingga ianya sebati dengan diri kita. Teringat kata-kata cikgu aku ketika di sekolah dulu, "Jika hendak berubah untuk tidak meninggalkan solat, cuba lakukannya sebanyak 40 waktu berterusan, pasti kita akan sayang untuk meninggalkannya kerana ia sudah terbiasa dengan diri kita."
  6. Berubahlah kerana anda ingin berubah, bukan disebabkan oleh orang lain. Kerana perubahan sebegitu pasti tidak ikhlas dan anda pasti akan kembali ke takuk yang lama. 
Oleh itu, masa yang berlalu pasti tidak akan kembali lagi, jadi usah bertangguh sehingga masuk tahun baru hendak berubah ke arah kebaikan. Apa yang penting adalah terus istiqamah (konsisten) untuk berubah menjadi lebih baik. 

* Nota: Usaha untuk berubah umpama titisan air yang menitik di permukaan batu. Lama-kelamaan pasti akan terbentuk lekuk di permukaan batu itu. Jadi jangan berputus asa untuk terus melakukan perubahan.

^_^

84 comments

January 1, 2014 at 9:29 AM

moga 2014 nie membawa perubahan yang lebih baik dalam diri kita..insyallah..
Jom singgah.. Kisahsidairy

January 1, 2014 at 10:27 AM

Sangat setuju mizz. Kita tidak boleh berputus asa untk mencapai apa yang kita ingnkan.

January 1, 2014 at 11:26 AM

happy new year makcik :)

wah udah pakai domain .com nih, tambah keren aja blognya :)

January 1, 2014 at 11:33 AM

ye,,,marilah kita bersama-sama berubah ke arah kebaikan,,happy tahun baru,,huhuhu

January 1, 2014 at 11:37 AM

Assalam
Usaha dan terus berusaha untuknya. Dan memohon di beri kekuatan untuk mengekalkannya.

January 1, 2014 at 11:41 AM

kadang-kadang kita mengharapkan perubahan terlalu drastik, dan bila itu tak menjadi membuatkan kita kecewa dan terus patah semangat kan. Setuju dengan aiza, kita kena berubah secara perlahan lahan.

January 1, 2014 at 11:42 AM

mudah-mudahan kita berubah ke arah yang lebih baik. Selamat Tahun Baru 2014 untuk aiza sekeluarga.

p/s puteri isi tabung yang sedang menari :)

January 1, 2014 at 11:43 AM

betul tu kak Aiza, setuju sangat2.. yg penting azam & niat tu kena kuat, jangan hangat2 tahi ayam je.. ^^

January 1, 2014 at 11:47 AM

Berazam untuk berubah pada kebaikan.. memerlukan doa munajatkan diri pada Allah..

Moga sentiasa mampu membawa diri kepada arah kebaikan :D

January 1, 2014 at 11:51 AM

sma-sama la kita brubah ke arah kebaikan :) happy new year

jom join giveaway dari saya
http://eikabasha.blogspot.com/2014/01/grand-opening-giveaway.html

January 1, 2014 at 12:06 PM

Morning @Aiza...
Wahh semangat untuk berubah ke arah yang lebih baik ditahun baru...

In Shaa Allah..mudah-mudahan kita semua akan berubah ke arah yang lebih baik..lebih positive...
Dunia-dunia juga...akhirat jangan kita lupakan...sebab apa yang jadi pada kita adalah semata ujian darinya...


x0x0 ^___^ Smile...

January 1, 2014 at 12:07 PM

cari reason yg paling penting yg membuatkan kita sanggup berusaha kuat utk berubah..

January 1, 2014 at 12:15 PM

selamat tahun baru..semoga terus sukses

January 1, 2014 at 12:18 PM

Selamat tahun baru 2014 dan semoga kita tdk termasuk orang2 yg merugi karena hari esok sama dgn hari kemarin.. Harus berubah, dan pasti bisa karena kebiasaan bisa di ubah dgn kebiasaan juga :)

January 1, 2014 at 12:20 PM

berusaha ..berusaha dan berusaha..usaha mmg temui kejayaan

January 1, 2014 at 12:30 PM

sy juga mau brubah menjadi yg lebih baik lagi.

January 1, 2014 at 12:41 PM

saya setuju Mizz, untuk memulai merubah pada diri sendiri dulu :)

January 1, 2014 at 12:48 PM

Itulah yang dikehendaki...berubah kearah kaebaikan. Jangan bertangguh dan perlukan disiplin serta kesabaran. Bila nak jadi baik ni pasti panyak dugaannya...keteguhan dan istiqamah itu penting.

January 1, 2014 at 1:06 PM

Dengan keazaman yg kuat dan doa, in shaa Allah.. akan berhasil

January 1, 2014 at 1:07 PM

In Sha Allah, sama-2 kita berubah kearah kbaikan..:) slamat thun bru

January 1, 2014 at 1:09 PM

hidup ni kalau kita tak berubah sampai bila kita akan duduk tahap yang sama. Perlu berani pandang ke depan. Am rela berubah apa pun risiko bakal Am tanggung lepas ni daripada Am duduk saja tanpa buat apa-apa. Umpama tunggu duit jatuh dari langit...hahaha betul entah pepatah ni. Nice sharing kak

January 1, 2014 at 1:11 PM

betul tu aiza setiap perubahaan yg di iringi dgn niat baik insyaallah akan terlaksana jua walau memakan waktu yg lama :)
ingin sentiasa memperbaiki diri sendiri :)
happy new year aiza :)

January 1, 2014 at 1:44 PM

tahun 2014 nilah permulaan utk berubah ^_^

January 1, 2014 at 2:07 PM

Berubah tu mmg bergantung pada niat dihati..semoga kita sama2 berubah tuk kebaikkn..sya klik2 tuk akk aiza :)

January 1, 2014 at 2:10 PM

Assalamu'alaikum Aiza... ^^

Selamat menyambut Tahun Baru 2014 Masihi yang masih kita menghela nafas lagi kerana kasih sayangNYA.....
Semoga Aiza sentiasa ceria tersenyum dalam kesabaran untuk meniti kehidupan ditahun baru ini dan ditahun-tahun yang akan datang....amin, from Kak Ummi ewith love ^^

January 1, 2014 at 2:15 PM

insyaallah..same2 berubah ke arah kebaikan..amin

January 1, 2014 at 2:20 PM

Nak berubah tu payah, tp tak mustahil ;) Salam 2014...

January 1, 2014 at 2:39 PM

Semoga aku tetap baik
berhati cantik

:)

January 1, 2014 at 2:56 PM

In shaaAllah sama2 kita berubah menjadi INSAN

January 1, 2014 at 3:18 PM

semoga kebaikan senantiasa menyertai kita.

January 1, 2014 at 3:20 PM

berubah bukan dgn paksaan..tp paksa untuk berubah sebab dri x akan berubah kalau tiada paksaan..dengan itu dimulai dengan niat ikhlas...^^ selamat tahun baru aiza

January 1, 2014 at 3:42 PM

good entry

selamat tahun baru aiza..:)

January 1, 2014 at 3:58 PM

suka dengan no.1 tu akak..:DD

ubah diri sendiri terlebih dahulu

January 1, 2014 at 4:07 PM

Inshallah sama2lah kita ke arah kebaikkan :)

January 1, 2014 at 4:08 PM

terbaik

January 1, 2014 at 4:27 PM

hadir lagi miz

January 1, 2014 at 4:32 PM

allahuakbar !! terbaik moga kita jadi lebih baik

jom jemput ke akupenghibur.com

January 1, 2014 at 4:41 PM

semoga kita selalu diberi jalan menuju kebaikan :)

January 1, 2014 at 4:55 PM

We have to walk slowly, baru dpt capai. Perubahan ni tak senang sbb kita mcm dah selari dengan b4.

January 1, 2014 at 5:33 PM

slmt tahun baru aiza...! jom kita perbaiki segala kelemahan untuk menjadi yang terbaik...

January 1, 2014 at 5:41 PM

Setuju sgt.. in shaa Allah, berusahalah utk mengubah diri sendiri terlebih dahulu sblm berusaha utk mengubah dunia mahupun org lain.. semoga kita semua sentiasa terpimpin kearah kebaikan... aamiin
2x inti sini.. :D

January 1, 2014 at 6:01 PM

happy new year....

January 1, 2014 at 6:12 PM

setuju...
yang penting pasang niat!

January 1, 2014 at 6:17 PM

Semoga kita semua berubah ke arah yang lebih baik .. Perubahan itu payah tapi jika kita istiqamah, in shaa allah akan menjadi mudah

January 1, 2014 at 6:39 PM

Semoga d tahun yg baru kita dapat berubah menjadi lebih baik. Amin...

January 1, 2014 at 6:39 PM

Btul tu,yg penting istiqomah

January 1, 2014 at 6:43 PM

Semoga kita dapat menjadi diri yg lebih baik lagi..

January 1, 2014 at 6:54 PM

Betul sangat sangat tu kak aiza.
Siapa je taknak berubah.
Siapa je taknak benda baik.
Kan kak aiza kan kan? Hihihii
yes. Titisan air yang inshaallah melekukkan batu itu!!!
Hoho semangat qilah :D

Niat,
Jgn tangguh,
Ikhlas bersungguh2.
Paksa diri!!!
Berulangkali 40 kali!!!
Bukan untuk org lain.
Untuk diri sendiri!!

Pasti boleh :D <3
Thanks kak aiza :)))

January 1, 2014 at 7:31 PM

nice sharing sis
kata2 yg berhikmah buat diri yumida...cekalkan hati dlm berubah
menabung sini-inti

January 1, 2014 at 7:35 PM

Berusaha untuk berubah kepada kebaikan itulah usaha yang paling manis sekali. Pasti Allah akan membantu kita walaupun sukar ;)

January 1, 2014 at 7:56 PM

sebaiknya kita meninggalkan kebiasaan buruk, dan berubah menjadi kebiasaan yang baik ya mizz. Sehingga di awal tahun 2014 ini kita bisa lebih baik dari tahun sebelumnya :)

selamat tahun baru 2014 ya mizz :)

January 1, 2014 at 8:24 PM

betul tu.. huhu.. azam yg sama setiap tahun, baiki diri, jadi insan yg lebih baik berbanding yg sebelumnya..

terima kasih kak aiza.

January 1, 2014 at 8:29 PM

Semoga kita sentiasa istiqamah berubah ke arah kebaikan :)

January 1, 2014 at 8:43 PM

saya mw berubah nih
tapi saya butuh pendaping yang bisa merubah saya

January 1, 2014 at 8:47 PM

Insya allah niat yang baik akan membawa kepada kebaikan

January 1, 2014 at 8:57 PM

perubahan demi kebaikan itu memang perlu, semoga tahun 2014 ini bisa jadi momen perubahan untuk lebih baik lagi

January 1, 2014 at 9:00 PM

Semoga kita menjadi seorang yang lebih baik. Yang penting jangan berputus asa untuk berubah. Nice entry kak Aiza.. :)

January 1, 2014 at 9:15 PM

Jom sama-sama kita berubah menjadi yang lebih baik kan Aiza!!!!

January 1, 2014 at 9:30 PM

Setuju sama semua point yg disebutkan terutama point pertama. Berubah hendaknya mulai dari diri sendiri :)

January 1, 2014 at 9:30 PM

blogwalking....

January 1, 2014 at 9:31 PM

selamat tahun baru 2014

January 1, 2014 at 9:53 PM

Setuju, yang penting ubah diri sendiri dulu, sebelum nak mengubah orang lain.

January 1, 2014 at 10:52 PM

terima kasih akak diatas nasihat ni.. sama2 la kita berubah :)

January 1, 2014 at 11:52 PM

Proses sebuah perubahan itu memang tidak mudah, namun dia akan mengalir seperi air yang mengalir mengikuti arah jalurnya atau pun angin yang meniupnya. Namun, bila hal ini dapat di lakukan secara teratu maka akan terlihat suatu perubahan yang sangat drastis dalam pembentukannya.

Salam,

January 2, 2014 at 12:05 AM

kalau tangguh nak buat baik sampai ke sudah tak buat jawanbnya...

January 2, 2014 at 12:43 AM

Mungkin sudah hal yang lumrah semua orang menginginkan perubahan menjadi yang lebih baik, namun kadang kendalanya ada pada mau berusaha atau tidak. karena memerlukan proses yang tidak cepat, kita harus terus berikhtiyar agar mencapai tujuan kita dan lebih berkah :)

January 2, 2014 at 12:43 AM

terima kasih kak atas tipsnya....akan saya coba praktekkan sebisa mungkin agar bisa menjadi manusia yang lebih baik lagi

January 2, 2014 at 1:14 AM

berhijrah selagi perlu demi kebikan dunia juga akhirat pastinya .

January 2, 2014 at 1:44 AM

Semua orang nak berubah kearah kebaikan. InsyaAllah, kalau ada usaha pasti ada hasilnya. Happy new year kak! :)

January 2, 2014 at 2:56 AM

insyaAllah.. betul tu akak..

January 2, 2014 at 10:19 AM

yg penting, perubahan tu ada istiqamah..

January 2, 2014 at 10:59 AM

jom kita berubah ke arah kebaikkan di tahun baru ni!

January 2, 2014 at 11:06 AM

Moga kita istiqamah dalam buat kebaikan :)

January 2, 2014 at 11:43 AM

perubahan memerlukan pengorbanan..InsyaAllah jika kita nekad nk berubah apa sj halangan pasti boleh ditempuhi. :)

January 2, 2014 at 1:30 PM

kita kena berusaha..:)

January 2, 2014 at 1:35 PM

yg penting berusaha dan niat kita baik untuk berubah. moga tahun ni kita menjadi lebih baik dari tahun lalu :)

January 2, 2014 at 2:00 PM

pada pendapat saya nak berubah untuk kebaikkan tu pasti akan mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan kerana syaitan akan sentiasa cuba untuk menggagalkanya..tapi jika kita percaya pada Allah s.w.t insyallah diri kita akan dilindungi...

Regards,
-Strider-

January 2, 2014 at 4:17 PM

semoga kita istiqamah dalam setiap apa yang dilakukan :)
ika juga ingin berubah ke arah yang lebih baik~

January 2, 2014 at 5:05 PM

Moga kita akan sentiasa menjadi baik dari sehari ke sehari

January 3, 2014 at 11:59 AM

datang lagi untuk menabung nuffy disini..

Regards,
-Strider-

January 3, 2014 at 12:54 PM

berubah demi kebaikan in shaa Allah akan dimakbulkan walaupun dengan niat... semoga tahun 2014 memberi kebahagian buat kak aiza sekeluarga dan

January 3, 2014 at 12:55 PM

*dipermudahkan segala urusan.. maaf kak.. tadi tak sempat habis tulis nak tertekan publish.. hehe

January 3, 2014 at 2:43 PM

insya allah moga dipermudahkan..kak aiza minx maaf ye lame xnyinggah sini.sbb byk urusan tb uruskan...ni ade kelapangan sempat la BW skali jalan heheh

January 4, 2014 at 1:30 PM

Amin...Entry yang betul-betul bermanfaat

Post a Comment